Saturday 28 April 2012

INNAMA A'MALU BIN NIAT

HADIS PERTAMA

Tahukah kalian apakah isi kandungan hadis pertama? Hadis pertama menceritakan tenang niat. Hadis ini muncul kerana ketika itu terdapat seorang yg berhijrah dari Mekah ke Madinah utk berkahwin dengan seorang wanita yg bernama Ummu Qais. Apa yg kita dpt lihat dia berhijrah sama seperti yg dilaksanakan oleh para sahabat. Namun, nat dan tujuan dia berijrah adalah berbeza daripada sahabat iaitu dia berhijarh utk mengahwini Ummu Qais.


di atas adalah petikan daripada hadis pertama. niat merupakan perkara yg amat penting. Kita memulakan sembahyang dengan niat dan sekiranya kita berniat solat isya' sedangkan ketika itu kita hendak solat maghrib maka solat kita itu terbatal. Di sini dapat kita lihat betapa pentingnya niat dalam melakukan sesuatu perkara dan niat juga tidak menghalalkan cara. Contohnyalah emm cerita Robin Hood tahu?? hiii cerita yg mengisahkan tentang seorang manusia ni yg berbuat kebaikan kpd org lain dgn mencuri harta org lain.. Betulkah apa yg dia buat?? Melalui cita ni kita dapat lihat niat dia baik iaitu utk tlg org lain namun cara yg digunakan utk menolong org lain adalah salah..Kita tahukan bahawa mencuri adalah dosa besar jadi disinilah tg dikatakan bahawa niat itu tidak menghalalkan sesuatu cara itu.. Jadi niat yg kita buat mestilah demi Allah S.W.T.. Sekiranya kita niat hanya utk belajar kita cuma dapat apa yg kita ingin belajar tapi sekiranya kita niat belajar demi Allah S.W.T maka kita akan pahala dan keredhaan dari Allah S.W.T insyaallah.
Jadi sama-samalah kita betulkan niat kita agar segala amalan yg kita lakukan akan diterima oleh Allah S.W.T.

Sunday 22 April 2012

dugaan hidup

Sesugguhnya hidup kita ini penuh dgn dugaan dan cabaran.. namun setiap dugaan yang diberikan pasti ada hikmahnya... setiap orang tidak dapta lar daripada dugaan hidup yang Allah telah tentukan.. Namun., kadangkala dugaan hidup itu boleh merubah seseorang bergantung kepada cara bagaimana untuk seseorang itu mengendalikan dugaan yang telah diterimanya.. bagi diri saya dugaan yang tlah diterima telah membuat saya menjadi siapa saya sekarang... Ya Allah sekiranya dugaan yang telah kau berikan adalah untuk kebaikan saya maka saya terima dgn hati terbuka.. moga-moga saya dapat mengambil iktibar dari dugaan yang saya telah terima.. disebakan dugaan yang saya terima ini, saya tidak dapat mengekspresikan apa yg saya inginkan dengan tepat.. Jadi saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada melukakan hati sesiapa sama ada dari segi perbuatan, percakapan atau apa-apa sahaja.. sebab sikap seseorang tdk boleh diubah dalam sekelip mata.. saya cuma manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan...

sabda Rasulullah s.a.w:
Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah


Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini untuk menghadapi segala dugaan yag telah diberikan dengan baik..
sesungguhnya hanya padamu Ya Allah aku memohon pertolongan dan perlindungan


Friday 20 April 2012

11 Tanda Orang Berbahagia

11 Tanda Orang Berbahagia :

♥ | tidak rakus dengan dunia ini ~

♥ | sibuk beribadah ~

♥ | kurang bercakap, melainkan yang perlu shja ~

♥ | memelihara solat 5 waktu ~

♥ | bersahabat dengan orang yang soleh ~

♥ | tawwaduk ( merendah diri ) ~

♥ |menjauhi daripada yang haram ~

♥ | pemurah dan baik hati ~

♥ | kasih sayang sesama mahluk ~

♥ | berguna kepada masyarakat ~

♥ | selalu ingat mati ~
 

Hidayah Allah


sabda Rasullah s.a.w:

"Dari Abu Musa ra, dia berkata : “Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya perumpamaan ilmu dan hidayah yang aku bawa seperti air hujan yang menimpa bumi. Di antara bumi ini ada yang kelompok yang baik, dia menerima air lalu menumbuhkan rumput yang banyak, di antaranya juga ada yang gersang (cadas), dia bisa menahan (menadah) air, sehingga bisa dimanfaatkan oleh manusia, manusia bisa minum, mengairi (tanaman) dan bisa menggembala. Dan air hujan itu juga mengenai bagian bumi yang lain yaitu lembah yang tidak bisa menahan air dan tidak bisa menumbuhkan rumput. Itulah perumpamaan orang yang paham tentang agama Allah (Islam), dia mendapatkan manfaat dari apa yang aku bawa, dia tahu lalu mengajarkannya. Dan perumpamaan orang yang tidak memperdulikannya sama sekali dan tidak menerima hidayah dari Allah yang aku bawa."
(HR. Bukhari- Muslim)

Daripada hadis di atas kita boleh lihat terdapat tiga jenis kategori sikap manusia apabila menerima hidayah Allah s.w.t:

1. kategori yang pertama 'dia menerima air hujan lalu menumbuhkan rumput yang banyak'. Ayat ni 

memberitahu bahawa apabila manusia ini mendapat hidayah Allah s.w.t dia manfaatkan hidayah Allah dan 

turut manfaatkan hidayah yang telah diterimanya kepada orang lain.


2. kategori yang kedua 'dia bisa menahan (menadah) air, sehingga bisa dimanfaatkan oleh manusia,

 manusia bisa minum, mengairi (tanaman) dan bisa menggembala'. Ayat ini memberitahu bahawa 

manusia itu apabila diberinya hidayah oleh Allah s.w.t dia manfaatkan hidayahnya terhadap orang lain, namun

 mereka tidakberapa mengambil berat tentang hidayah yang diterima olehnya.


3. Akhir sekali, 'dan air hujan mengenai bahagian bumi yang lain yaitu lembah yang tidak bisa

 menahan air dan menumbuhkan rumput. Dari ayat ini, kita dapat lihat bahawa penerima hidayah ini telah

 menolak hidayah Allah s.w.t dan tidak memberi manfaat terhadap orang lain.  


Wednesday 18 April 2012

Kegagalan adalah pembawa kepada kejayaan

Astaghfirullahalazim.

tika kau lemah, jadikan ALLAH sebagai tempat untuk meluah rasa.

tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa agama.

tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda.

ingat, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa!

sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat ALLAH swt.

sungguh ALLAH memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
 

Monday 16 April 2012

Bersyukurlah dIatas nikmat Allah s.w.t

Assalamualaikum...

alhamdulillah betapa bertuahnya kita zaman sekarang...nikmat berada di mana-mana.. kita dikurniakan nikmat akal, fizikal yang sihat, nikmat kehidupan... namun, kita sering melupakan segala nikmat yang kita ada.. kita x pernah bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan.. kita sering lupa untuk berterima kasih kepada Allah s.w.t atas pemberiannya yang tidak terhingga..
'...sekiranya kita menghitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya...'(ibrahim :34)
begitulah besarnya nikmat yang Allah yang telah kurniakan kepada kita. dunia ini berserta apa yang ada didalamnya telah diciptakan oleh Allah tetapi kita tidak menyedarinya, kita menguasai kehidupan tetapi tidak pernah mengetahuinya.
kita seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehngga kita lupa untuk mensyukuri apa yang ada dihadapan kita, kita merasa sedih ketika kehilangan sesuatu, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan dan banyak lagi. oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!!
Saya merasa amat bersyukur dengan nikmat kehidupan yang Allah telah beri kepada saya...walaupun banyak dugaan yang telah diberi kepadaku namun aku percaya bahawa Allah itu ada disisiku...meskipun aku sentiasa ditinggalkan namun Allah tidak pernah meninggalkanku seperti mana dia tidak meninggalkan hamba-hambanya yang lain..
Allah telah mengambil orang yang paling berharga dalam hidupku namun, dia menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik... dia telah mengurniakanku sebuah nikmat persahabatan yang sejati... Alhamdulillah Ya Allah sesungguhnya kaulah maha Berkuasa lagi maha Menyayangi hamba-hambamu..



SAHABAT KU TILL JANNAH
NUR ZILAN 
LAIZATUL AKMAR 
NUR AMALINA 
NUR AIN SOFEA 
SHARIFAH NUR AIMI
NUR LYANA
NURUL WAHIDAH
AKU SAYANG KAMU....