Monday 7 May 2012

Hadis 9: Beban Kesusahan sesuai dgn Kemampuan

Abu Hurairah Abdurrahman bn Sakhr r.a melaporkan "saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,'apa yg aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yg aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran org sebelum kalian adalah kerana bayaknya pertanyaan mereka (yg tdk berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mrk"
(HR Bukhari dan Muslim)

Terdapat 3 perkara yg hendak disampaikan oleh hadis ini, yg pertama  
'apa yg aku larang hendaklah kalian menghindarinya...'
kata-kata ini memerintahkan kita untuk menjauhi larangan syariat secara total walau sekecil manapun.

Terdapat 2 jenis larangan iaitu:
1. Nahyut Tahrim
larangan yg bersifat pengharaman. contohnya seperti zina, tdk menutup aurat dan sebagainya.

2. nahyul makruh
larangan yg bersifat makruh. Allah melarang sesuatu benda itu tetapi tetapi terdapat dalil yg menunjukkan benda itu bersifat makruh dan bukan haram..

Perkara kedua yg hendak disampaikan ialah 
'dan apa yg aku perintahkan hendaklah kalian laksanakan semampu kalian'
contoh yg boleh dikitkan ialah kalau kita tdk mampu utk melakukan sebahagian drpd rukun solat kerana uzur yg bersifat syar'i maka kita boleh melaksanakan bahagian yg kita termampu.

Terdapat firman Allah s.w.t,
"barang siapa yg dtg dgn membawa kebaikan maka dia akan mendapat pahala yg lebih baik drpd kebaikannya itu; dan barangsiapa yg dtg dgn membawa kejahatan, maka org-org yg telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberikan balasan seimbang dgn apa yg dahulu mrk kerjakan"
Surah Al-Qasas : 84

 melalui Firman Allah di atas dpt kita lihat betapa sygnya Allah s.w.t kpd kita apabila kita berbuat kebaikan Allah s.w.t melipat gandakan pahala kita tapi apabl kita melakukan kejahatan, Allah s.w.t memberikan balasan yg setimpal dgn kesalahan yg kita buat..Masyaallah betapa penyayang dan pemurahnya Allah s.w.t terhadap umatnya namun, masih ramai lg umat yg tetap melakukan kesalahan dan melupakan Allah s.w.t..

Akhir sekali perkara yg hendak disampaikan ialah
' Sesungguhnya kehancuran org sebelum kalian adalah kerana bayaknya pertanyaan mereka (yg tdk berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mrk"

maksudnya mencukupi kalau kita bertanya soalan yg perlu sahaja dan x perlulah kta membuag masa dgn soalan yg x msk akal. disebabkan banyak bertanya lah terjadinya perselisihan pendapat antara kaum terdahulu yg menyebabkan kebinasaan kaum terdahulu iaitu Bani Israel.

No comments:

Post a Comment